Laman Web E-Participation Hala Tuju Sabah Maju Jaya - Pelan Pembangunan SMJ 1.0 : (2021-2025) / Versi Mobile
Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri. Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.
APAKAH ITU E-PARTICIPATION?
E-Participation adalah saluran maklum balas dalam talian yang dibangunkan oleh Sekretariat SMJ sebagai komitmen penjawat awam bagi menjunjung harapan YAB Ketua Menteri untuk menerapkan rasa kepunyaan bersama (sense of belonging) rakyat Sabah dalam mencorakkan bersama Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021-2025).
Input yang diterima akan dianalisis oleh pihak sekretariat bagi tujuan pengumpulan data serta diperhalusi melalui beberapa siri semak-silang dengan senarai inisiatif sedia ada. Selepas itu, input yang telah dianalisis dan diperhalusi akan dicerakinkan menjadi cadangan-cadangan inisiatif untuk dimasukkan ke dalam senarai inisiatif Pelan SMJ, samada sebagai cadangan inisiatif baharu ataupun cadangan untuk mengubahsuai inisiatif sedia ada. Seterusnya, cadangan-cadangan ini akan diagihkan kepada kementerian- kementerian yang berkenaan untuk pertimbangan pihak masing-masing bagi menentukan pelaksanaannya.
Portal ini dibangunkan untuk melibatkan orang awam di seluruh negeri dalam membantu merangka inisiatif pembangunan selaras dengan ekspektasi awam.
*Input dan idea anda amat dihargai untuk kita menjayakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.
*Gunakan borang ini untuk menghantar pendapat anda.
*Anda tidak perlu meletakkan nama anda di borang ini.
"SUARAKAN PENDAPAT ANDA"
Photo by Ryan 'O' Niel